Friday 28 February 2014

CERITA SELURUHNYA !!



          okeyy hari nie sy nak cerita seluruhnya pasal belog sy nie! belog sy nie tala cantik mne and biasa-biasa jew, sy just nak tambah pengetahuan am saje untuk korang tahu apa yang ada dekat Melaka, makanan apa yang ada di Melaka, makanan yang popular dan tempat yang ramai orang kunjung untuk makan yang sedap-sedap belaka dan meletop! dekat sini sy nak simpulkan apa sebenarnya cerita yang akan sy bawak untuk korang kenal makanan yang ada di Negeri Melaka Teknologi Hijau nie.. Di negeri Melaka nie ada pelbagai tempat yang menarik dan mampu menjadi sambutan di Negeri Melaka nie , sy berasa bangga kerana sy adalah anak jati Melaka yang sejak kecil lagi sy di Melaka hingga sy dah berumor 20tahun, sy rasa macam tak percaya dan ramai pengunjung yang datang melawat Melaka nie :) Melaka nie kaya dengan makanan yang popular iaitu Asam pedas dan Ikan bakar. Di Melaka nie juga popular dengan restoran Baba Dan Nyonya. Di mana-mana kita jalan dekat melaka nie mesti kita akan jumpa restoran Baba Nyonya nie, betol tak? sy nak korang sentiasa terhibur membaca belog sy yang sederhana nie. alhamdulila sy mampu cerita seluruhnya makanan di Melaka Negeri Ku Sayang, Melaka Teknologi Hijau, alhamdulilah dan bersyukur sebab Melaka telah maju pada Tahun 2010! dan dari situ pelancong pasti akan kunjung ke Melaka jua, Syukur ke hadrat Allah. So harap korang terhibur k? ada pape silalah singgah dan comment belog sy k? 



MAKANAN POPULAR DI MELAKA !!


PERMANDANGAN PADA WAKTU MALAM DI MELAKA !



IKAN BAKAR !



COCONUT SHAKE KLEBANG !



 ASAM PEDAS DI UMBAI !



TEMPAT MAKANAN YANG BEST DI MELAKA BERSEJARAH !



CENDOL TERBAIK !!

         hai korang semua :) hari nie sy nak bawak korang dan kenal tempat makanan yang paling best di melaka nie . Sy nak korang tahu pasal tempat makan menarik di Melaka nie tw ? kalau korang macam ada idea or cadangan leebih , sila lah comment and share dengan sy k ? bak kata orang untuk menambahkan pegalaman kalau terkurang ! so lepas nie korang baca tw belog sy nie :) 
         
        1st sy nak kongsi makan di Melaka yang ramai kunjung ialah "CEDOL". kadang-kadang kalau kita dah penat sangat berjalan mesti kita rasa haus , rite ? it's time for cendol ! Target sy adalah cendol jam besar yang terletak betul-betul di Pusat Bandaraya Melaka. Terletak bertetangan dengan Balai Seni Lukis (bangunan berwarna merah), cendol di sini sangat popular. Pelanggan boleh menikmati cendol sambil menikmati keindahan Sungai Melaka ataupun melihat pelancong yang lalu lalang on the other side .









Melaka is a little bit hot. cuaca panas and you are sweating like crazy, tiada yang lebih menenangkan selain dari semankuk candol yang sejuk membasahi anak tekak korang. cendol dengan jagung, kacang merah, pulut, aiskrim or whatever you like, cendol jam besar ada pelbagai pilihan cendol untuk korang pillih. memang beratur pelanggan yang datang memmbeli. harap korang bersabar kalau tiada seat yang available, sebab memang ramai pelanggan. ada yang sanggup makan berdiri tw korang ? tenngok betapa popular cendol jam besar nie ! sy suka akan pilih cendol jagung kerana santan yang lemak berkrim, gula Melaka yang wangi, di tambah pula cendol yang lembut, jagung yang ranggup, you just cannot stop yourself from sipping this delicious cold delicacies ! nikmat sungguh !! cendol tak terlalu manis. Perfect for me yang tak terlalu gemar minuman yang manis. Just nice ! 






YUMMMM ! KORANG TRY TW ? PASTI KORANG NAK LAGI ! CENDOL TERBAIK DI JAM BESAR BANDARAYA MELAKA :') 


KUIH KERIA HJ JALIL !!


okeyy  la , tadi sy cerita pasal cendol so sekarang sy nak bawak korang ke limbongan iaitu "KUIH KERIA" yang popular di Melaka nie so jom laa kita terjah ke tempat Limbongan Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil. lokasi kuih nie dekat limbongan tw? kedai nie di buka pada pukul 2p.m - 7p.m. ramai tw yang kunjung dan singgah di kedai nie , kerana kuih nie paling ramai yang gemar dan kuih  nie ada keistimewaan nya sendiri tw? so , sy nak korang tahu apa keistimewaan dia , yang pertama yang sy tahu ialah ia disira dengan gula melaka. Rasanya sangat laa lembut. Kuih Keria Hj Jalil dah sangat terkenal di kalangan orang Melaka. selain itu juga Hj Jalil ada jual bakso yang rasa nye memang super sedap ! 














Monday 24 February 2014

Kuih-Muih Yang Terkenal Di Melaka :)


 KUIH PUTU PIRING

Seterusnya sy akan membawa korang dengan lebih lanjut lagi untuk mengetahui rupa serta maklumat-maklumat tentang kuih-muih yang memang famous di Negeri Melaka ini. ! Melaka di kenali dengan pelbagai kuih-muih yang terkenal antara kuihnya ialah Putu Piring ,dan Buah Melaka .

Semestinya, ramai orang yang tidak mengenali apa itu Kuih Putu Piring dan juga rupanya sekali terutama kepada anak muda yang kini sudah leka dengan zaman modennya. Antara bahan serta ramuan-ramuan yang diperlukan untuk membuat Kuih Putu Piring adalah tepung beras , gula merah, kelapa parut, garam dan santan.  Cara terbaik korang beli jee dekat pasar malam kalau takut kuih nya tak menjadi . hehehe :) bila korang da siap semuanya korang kena lengkapkan dengan kelapa parut yang lemak masin dan dilapiskan dengan daun pandan yang wangi lepas tuh korang kukus sehingga dia masak dan sedia untuk menjamu selera . Selamat Mencuba Kuih Putu Piring yang korang buat hope menjadi , okeyy ?
Dekat atas nie, cara nak masak kuih Putu Piring dengan menggunakan acuan yang tersedia . So tunggu apa lagi , cepatt-cepat mencuba !




Setelah Kuih Putu Piring telah siap , tarrraaaaaaaa cantik dan sungguh lazat . Rasa tak sabar nak makan. Kuih nie sangat sesuai di makan di waktu petang . YUMMM !


 BUAH MELAKA !

Seterusnya sy nak korang kenal Buah Melaka. Kuih Buah Melaka nie sangat laa sedap dan menyelerakan , kalau korang da rasa sekali pasti nak lagi so tunggu apa lagi cerr try Buah Melaka nie . Kalau kita dah reti buat , kita akan rasa nak buat dan merasakan buat Buah Melaka nie mudah , sy paling suka kuih nie kalau isi kat dalam tuh penuh.. kuih nie tak boleh nak gigit sikit2 yee.. nanti meleleh pula inti gula melaka yang dah cair tuh.. masukkan seketul tu ke dalam mulut . hehehe . korang kalau nak buat kuih nie korang kena buat dia secomel-comelnya macam korang dan mudah jugak untuk korang makan. sebab masa kita merebus kuih tuh ia akan mengembang. Kuih nie korang boleh tukar warna nya mengikut citarasa korang sendiri yee ? okeyy , dekat sini sy nak ajar korang cara nak buat Buah Melaka nie maybe bagi separuh orang adalah senang tapi yang tak pernah buat akan berasa macam susah sikit laa , antara caranya ialah di dalam satu bekas yang bersaiz sederhana, korang kena gaulkan tepung pulut, tepung gandum , air daun pandan sehingga merasa sebati dan tak melekat dekat jari . Kemudian sediakan periuk berisi air, untuk proses masak buah melaka . sementara nak tunggu air mula mendidih, canaikan adunan sebesar duit 20 sen dan masukkan gula melaka yang di potong kecil, siapkan 4-5 biji . Tapi korang buat laa ikot citarasa korang k ?




baru saja siap di masak :) 


inilah hasilnya Buah Melaka !

MAKANAN TRADISIONAL(CENCALUK)

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

 CENCALUK MELAKA


        hari nie sy nak smbung cerita sikit di blog sy yg mengenai makanan yang patot korang kena tahu di negeri teknologi hijau dan negeri yang bersejarah di Melaka . Makanan yang terdapat di Negeri Melaka nie ada pelbagai jenis makanan tradisional yang popular iaitu Cencaluk , Belacan Dan Gula Melaka. Cencaluk ia adalah sejenis lauk dalam hidangan tradisional di Melaka . Oleh itu , ia dibuat dari udang yang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau. Cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi. Di Negeri Melaka udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan , Tanjung Kling dan beberapa kawasan persisiran pantai yang lain. Apabila kita menyebut pasal makanan di Melaka , pasti akan rasa lebih menyelerakan jika ia disertakan dengan cencaluk. Proses pembuatan cencaluk memerlukan ketelitian bagi memastikan mutu serta kualiti cencaluk itu sedap apabila dimakan. Udang geragau yang segar, iaitu tanpa direndam dengan air, akan dicampurkan dengan garam, dan sedikit nasi iaitu sama seperti bahan-bahan untuk membuat belacan. setelah ketiga-tiga bahan sudah menjadi sebati , ia seterusnya akan di masukkan ke dalam sebuah bekas, iaitu pasu, guri dan tempayan kecil. ada juga pembuat cencaluk yang menambahkan kesedapan cencaluk . cencaluk dicampur dengan cili dan bawang besar yang di hiris. kemudian ia akan di campur dengan perahan limau nipis atau limau nipis. cencaluk dicampurkan dengan sedikit cili dan sehiris dua halia, kemudian di goreng dengan telur . try kalau korang berminat . hehe :)


cencaluk yang belum siap


cencaluk sudah siap dan sedia untuk menjamu selera !



MAKANAN TRADISIONAL (BELACAN)


            makanan tradisional Melaka yang kedua adalah Belacan di buat melalui pengalaman para nelayan yang pada mulanya hanya sekadar menjadikannya sebagai makanan tambahan. Oleh kerana sambutan yang menggalakan dan perisa yaang di minati, setiap kali datang musim, udang diperam untuk dijadikan belacan. belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang di mampatkan dan tahan lama. ia merupakan bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat untuk di makan . Ramuan dan Bahan yang di gunakan ialah kebanyakkan proses membuat belacan ini hanya di jalankan secara kecil-kecilan dan ia boleh dilakukan di rumah . belacan dibuat daripada udang kecil. Gred yang pertama adalah dibuat daripada udang putih, dan berwarna putih .Gred yang kedua pula ialah ia dibuat daaripada udang kecil yang bercampur dengan ikan bilis, dan ia adalah berwarna gelap. Belacan Gred ketiga pula ia dibuat daripada pelbagai jenis ikan kecil dan berwarna hitam. Selain itu juga, udang geragau atau kara turut di gunakan juga untuk menghasilkan belacan. kebanyakkan belaacan di buat daripada udang . Selebihnya atau 10 peratus lagi di gaul dengan garam . Ia penting kerana garam merupakan bahan adunan yang baik . Lebih-lebih lagi apabila proses pengeringan di lakukan . Sekiranya udang terkurang, belacan tidak terhasil dengan baik . Ia cepat busuk kerana berlaku pengurangan protein.

belacan yang sudah di proses dan di packing !

inilah hasilnya sambal belaacan yang meletop !







Sunday 2 February 2014

Makanan Terbaik Di Melaka :)

     Melaka di kenali sebagai tempat paling bersejarah yang di kunjungi oleh pengunjung dari serata dunia . Terdapat pelbagai tempat bersejarah yang boleh kita di lewati oleh pengunjung . blog sy hari nie ingin menceritakan dan share dengan korang tentang tempat makanan yang terbaik dan ramai pengunjung datang . jadi bila korang datang ke Melaka jangan lupa datang ke tempat tersebut antara nya ialah Nyonya Asam Laksa , ia terletak di Jonker Walk , Melaka . harga asam laksa nie tak lah mahal sangat hanya RM 5.00 sahaja tetapi bebaloi makan di sini .



Nyonya Asam Laksa Melaka .


Kedai Nyonya Asam Laksa Jonker Walk , Melaka 

     Selain itu juga , tempat kedua terbaik di Melaka ialah Coconut Shake di Klebang. Coconut Shake nie ialah tempat yang paling ramai pengunjung singgah even ramai orang luar seperti orang cina paling ramai datang ke tempat nie .coconut shake di Klebang nie dia dah buka dua tempat iaitu di tepi jalan untuk korang bungkus dan di dalam adalah untuk kita minum . tempat untuk pengunjung  minum ada di kedai belah dalam , di situ terdapat kiuh-muih , nasi lemak ,mihun dan mee goreng . kita boleh pilih pelbagai makanan yang sedia ada di kedai tersebut . harga untuk coconut shake hanya RM 2.50 , dan kuih-muih ialah 3 biji RM 1.00 .


Coconut Shake Klebang 


kuih-muih di Coconut Shake Klebang


   Seterusnya di Melaka terkenal juga dengan Sup Tengkera . mi sup Tengkera nie terletak di Tengkera (dekat dengan kampung 8) dan terkenal dengan sup dia yang popular dan meletop ! dekat sini cuma ada mee , kuey teow dan bihun sup saje , jangan lah pulak korang order makanan yang tade dekat kedai tuh . nanti orang kedai tuh gelakkan korag lak . hehe . popia basah dan goreng turut di jual di sini . harga untuk mee , kuey teow dan bihun cuma hanya RM 3.50 dan popia hanya RM 1.50 . korang try laa . nanti mesti korang nak lagi . haha :)

mihun sup Tengkera meletop !


popia meletop di Tengkera !

Friday 31 January 2014

Makanan Paling Popular Di Melaka

       Seperti yang sy nyatakan di Melaka terdapat pelbagai gaya masakan antara nya ialah masakan baba nyonya, makanan portugis , makanan china , makanan india serta makanan melayu . sedia kita maklum bahawa melaka lebih popular dengan ikan bakar dan asam pedas orang melaka , memang kaww di buatnya sampai pelancong luar datang untuk menikmati asam pedas serta ikan bakar . gaya orang melaka nie kalau masak tak pedas tak sedap laa kan ?so mereka termasuk sy juga memang gemar makan masakan yang pedas. sesape yang tak penah rasa masakan orang melaka ,jemput-jemput lew singgah di Melaka nie . hehehe . sesape yang dah makan sekali cuba pasti nak lagi . :)bahan-bahan yang perlu ada untuk menyediakan asam pedas antaranya ikan pari,ikan parang, ikan tenggiri ,ikan merah dan ikan terubuk,cili kering ,bawang merah ,bawang putih ,belacan ,halia ,lengkuas dan kunyit hidup, jika korang nak sedap lagi masakan korang ,korang kene ubuh serai ,bunga kantan ,asam jawa ,asam gelugur atau daun limau purut . masakan asam pedas memang popular.

     Selain itu , ikan bakar antara kedua yang popular di Melaka iaitu di Umbai ,tempat ikan bakar yang paling laris , bila pengunjung datang ke Melaka ,mereka akan mencari tempat ikan bakar yang popular . ikan bakar nie bila cicah dengan kicap hitam yang pedas tu memang sedap dan gaul dengan nasi putih . sekali cuba pasti nak lagi . ikan bakar nie ada pelbagai jenis ikan yang boleh kita pilih di restoran itu . kita boleh memilih ikan mengikut citarasa kita sendiri . Untuk menyediakan ikan bakar nie , kita perlu meletaakkan kunyit dan garam selepas itu kita bakar sampai dia masak . untuk harga ikan bakar nie dia mengikut saiz ikan yang kita pilih tetapi puas untuk kita makan bersama keluarga .


memang menarik ikan pari masak asam pedas di Melaka :)


makanan popular di Melaka (ikan bakar)

Jom Kenali Makanan Di Negeri Melaka :)

                                                      assalammualaikum kekawan .
Hari nie sy nak membawa anda untuk kenali makanan di Melaka yang penuh bersejarah nie . terdapat banyak makanan yang sedap-sedap belaka di tempat kelahiran sy nie iaitu Melaka Teknologi hijau .Melaka terkenal dengan masakan yang akan membuka selera kita untuk makanan dan singgah di negeri ini untuk mencuba selera di Melaka . kita dapat membuka selera untuk merasa masakan di Melaka antaranya ialah hidangan China ,India ,Baba dan Nyonya serta Portugis yang menjadi kebanggaaan negeri nie . pelancong tidak perlu risau mencari makanan yang dapat memenuhi citarasa kerana dapat pelbagai jenis restoran yang berwarna-warni ,gerai-gerai di sepanjang jalan . kebanyakkan restoran yang terbuka akan menjadi pilihan pelancong untuk menjamu selera di sini , di antara nya restoran yang paling menarik di Melaka ialah restoran Baba Nyonya .

Restoran Peranakan Baba Nyoya