Monday, 24 February 2014

MAKANAN TRADISIONAL(CENCALUK)

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

 CENCALUK MELAKA


        hari nie sy nak smbung cerita sikit di blog sy yg mengenai makanan yang patot korang kena tahu di negeri teknologi hijau dan negeri yang bersejarah di Melaka . Makanan yang terdapat di Negeri Melaka nie ada pelbagai jenis makanan tradisional yang popular iaitu Cencaluk , Belacan Dan Gula Melaka. Cencaluk ia adalah sejenis lauk dalam hidangan tradisional di Melaka . Oleh itu , ia dibuat dari udang yang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau. Cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi. Di Negeri Melaka udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan , Tanjung Kling dan beberapa kawasan persisiran pantai yang lain. Apabila kita menyebut pasal makanan di Melaka , pasti akan rasa lebih menyelerakan jika ia disertakan dengan cencaluk. Proses pembuatan cencaluk memerlukan ketelitian bagi memastikan mutu serta kualiti cencaluk itu sedap apabila dimakan. Udang geragau yang segar, iaitu tanpa direndam dengan air, akan dicampurkan dengan garam, dan sedikit nasi iaitu sama seperti bahan-bahan untuk membuat belacan. setelah ketiga-tiga bahan sudah menjadi sebati , ia seterusnya akan di masukkan ke dalam sebuah bekas, iaitu pasu, guri dan tempayan kecil. ada juga pembuat cencaluk yang menambahkan kesedapan cencaluk . cencaluk dicampur dengan cili dan bawang besar yang di hiris. kemudian ia akan di campur dengan perahan limau nipis atau limau nipis. cencaluk dicampurkan dengan sedikit cili dan sehiris dua halia, kemudian di goreng dengan telur . try kalau korang berminat . hehe :)


cencaluk yang belum siap


cencaluk sudah siap dan sedia untuk menjamu selera !



MAKANAN TRADISIONAL (BELACAN)


            makanan tradisional Melaka yang kedua adalah Belacan di buat melalui pengalaman para nelayan yang pada mulanya hanya sekadar menjadikannya sebagai makanan tambahan. Oleh kerana sambutan yang menggalakan dan perisa yaang di minati, setiap kali datang musim, udang diperam untuk dijadikan belacan. belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang di mampatkan dan tahan lama. ia merupakan bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat untuk di makan . Ramuan dan Bahan yang di gunakan ialah kebanyakkan proses membuat belacan ini hanya di jalankan secara kecil-kecilan dan ia boleh dilakukan di rumah . belacan dibuat daripada udang kecil. Gred yang pertama adalah dibuat daripada udang putih, dan berwarna putih .Gred yang kedua pula ialah ia dibuat daaripada udang kecil yang bercampur dengan ikan bilis, dan ia adalah berwarna gelap. Belacan Gred ketiga pula ia dibuat daripada pelbagai jenis ikan kecil dan berwarna hitam. Selain itu juga, udang geragau atau kara turut di gunakan juga untuk menghasilkan belacan. kebanyakkan belaacan di buat daripada udang . Selebihnya atau 10 peratus lagi di gaul dengan garam . Ia penting kerana garam merupakan bahan adunan yang baik . Lebih-lebih lagi apabila proses pengeringan di lakukan . Sekiranya udang terkurang, belacan tidak terhasil dengan baik . Ia cepat busuk kerana berlaku pengurangan protein.

belacan yang sudah di proses dan di packing !

inilah hasilnya sambal belaacan yang meletop !







2 comments:

  1. cencaluk nyh kalu masak sayur masak lemak letak cencaluk nyh sedap kan ..

    ReplyDelete