Monday 24 February 2014

Kuih-Muih Yang Terkenal Di Melaka :)


 KUIH PUTU PIRING

Seterusnya sy akan membawa korang dengan lebih lanjut lagi untuk mengetahui rupa serta maklumat-maklumat tentang kuih-muih yang memang famous di Negeri Melaka ini. ! Melaka di kenali dengan pelbagai kuih-muih yang terkenal antara kuihnya ialah Putu Piring ,dan Buah Melaka .

Semestinya, ramai orang yang tidak mengenali apa itu Kuih Putu Piring dan juga rupanya sekali terutama kepada anak muda yang kini sudah leka dengan zaman modennya. Antara bahan serta ramuan-ramuan yang diperlukan untuk membuat Kuih Putu Piring adalah tepung beras , gula merah, kelapa parut, garam dan santan.  Cara terbaik korang beli jee dekat pasar malam kalau takut kuih nya tak menjadi . hehehe :) bila korang da siap semuanya korang kena lengkapkan dengan kelapa parut yang lemak masin dan dilapiskan dengan daun pandan yang wangi lepas tuh korang kukus sehingga dia masak dan sedia untuk menjamu selera . Selamat Mencuba Kuih Putu Piring yang korang buat hope menjadi , okeyy ?
Dekat atas nie, cara nak masak kuih Putu Piring dengan menggunakan acuan yang tersedia . So tunggu apa lagi , cepatt-cepat mencuba !




Setelah Kuih Putu Piring telah siap , tarrraaaaaaaa cantik dan sungguh lazat . Rasa tak sabar nak makan. Kuih nie sangat sesuai di makan di waktu petang . YUMMM !


 BUAH MELAKA !

Seterusnya sy nak korang kenal Buah Melaka. Kuih Buah Melaka nie sangat laa sedap dan menyelerakan , kalau korang da rasa sekali pasti nak lagi so tunggu apa lagi cerr try Buah Melaka nie . Kalau kita dah reti buat , kita akan rasa nak buat dan merasakan buat Buah Melaka nie mudah , sy paling suka kuih nie kalau isi kat dalam tuh penuh.. kuih nie tak boleh nak gigit sikit2 yee.. nanti meleleh pula inti gula melaka yang dah cair tuh.. masukkan seketul tu ke dalam mulut . hehehe . korang kalau nak buat kuih nie korang kena buat dia secomel-comelnya macam korang dan mudah jugak untuk korang makan. sebab masa kita merebus kuih tuh ia akan mengembang. Kuih nie korang boleh tukar warna nya mengikut citarasa korang sendiri yee ? okeyy , dekat sini sy nak ajar korang cara nak buat Buah Melaka nie maybe bagi separuh orang adalah senang tapi yang tak pernah buat akan berasa macam susah sikit laa , antara caranya ialah di dalam satu bekas yang bersaiz sederhana, korang kena gaulkan tepung pulut, tepung gandum , air daun pandan sehingga merasa sebati dan tak melekat dekat jari . Kemudian sediakan periuk berisi air, untuk proses masak buah melaka . sementara nak tunggu air mula mendidih, canaikan adunan sebesar duit 20 sen dan masukkan gula melaka yang di potong kecil, siapkan 4-5 biji . Tapi korang buat laa ikot citarasa korang k ?




baru saja siap di masak :) 


inilah hasilnya Buah Melaka !

No comments:

Post a Comment